OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Celaka Dan Rugi Orang Yang Memusuhi Allah

111 Surah Al-Masad

  1. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!

  2. Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

  3. Ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.

  4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

  5. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Semasa awal Islam di Mekah, Nabi Muhammad SAW naik ke satu bukit dan menyeru orang-orang Quraisy Mekah untuk mendengar ucapannya. Continue reading

8641637287_8d0b292db6_b

Siapa Allah?

112 Surah Al-Ikhlas2

 

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. “Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

4. “Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya”.

Apabila ada orang bertanya mengenai Allah SWT, ini adalah di antara skrip yang diajar kepada kita untuk menjawabnya. Jawapan di dalam skrip Al-Quran ini sudah cukup untuk menjelaskan tentang Allah SWT bagi orang yang mahu memahamiNya. Continue reading

Kenapa Aku Ditimpa Kesusahan

masalah

Dua malam yang lepas, saya menziarahi seorang saudara rapat. Dia mengeluh kerana hidupnya amat sukar sekarang. Anaknya kurang sihat. Kewangan makin terhimpit. Hutang-hutang hampir tidak mampu untuk dibayar.

Setelah pulang dari rumahnya, saya membuka laptop. Menjadi kebiasaan untuk melayari internet sebelum menyambung “study” dan tidur. Saya melayari satu forum untuk berbincang dan berkongsi pandangan.

Terjumpa satu “thread” yang dimulakan oleh seorang wanita. Dia menceritakan situasi hidupnya sekarang yang sangat terhimpit dan tertekan. Kesukaran yang dia hadapi jauh lebih sukar berbanding dengan saudara rapat saya itu tadi. Continue reading

Duit Yang Habis Datang Semula Dengan Berganda

rahsia-sedekah

Pahala Sedekah

Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-baqarah : 261) Continue reading

Hubung Silaturahim

An-nisa ayat 1

Dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah An-Nisa’ : 1)

 

An-nisa ayat 36

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga Yang dekat, dan jiran tetangga Yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir Yang terlantar, dan juga hamba Yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa’:36) Continue reading

Solat Dhuha – Melangkah Di Pintu Rezeki

solat_dhuha

 

 

Hadis Solat Dhuha

 

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Solat Dhuha adalah solat dunat yang dilakukan pada waktu dari terbit matahari sehingga matahari tergelincir pada tengahari. Continue reading

Hamba Yang Bertakwa – Hidup Tenang Murah Rezeki

Ayat Seribu Dinar

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq: 2-3) Continue reading

Langkah Pertama Menyelesai Segala Masalah Dalam Hidup

Allah S.W.T. adalah pemilik segala-galanya. Tidak bergerak satu zarah pun di muka ini melainkan dengan izin Allah SWT.

Allah yang mencipta masalah kepada makhluk. Dan Allah jugalah yang menyelesaikannya.  Allah berkuasa mencipta langit dan bumi dan menguruskannya. Adalah terlalu kecil kesulitan yang kita hadapi jika nak dibandingkan dengan penciptaan langit dan bumi.

Dan pada suatu hari Rasulullah SAW terlihat bangkai seekor anak kambing yang sudah dibuang oleh tuannya, maka Rasulullah berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda:

“Tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya? Demi Allah, dunia (ini) lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air.”

(Turmizi, Ibnu Majah & al-Hakim) Continue reading